Saturday 31 May 2014

Ulasan Buku Penerbit USIM- BUKU TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA



ULASAN BUKU PENERBIT USIM
JUDUL BUKU:Tamadun Islam dan Tamadun Asia(TITAS) Edisi Lengkap
PENGARANG:Mashitah Sulaiman dan Adibah Sulaiman @Mohamad
PENERBIT:Penerbit USIM
HARGA:RM19
ISBN:978-967-5295-93-5
TEMPAT BUKU DIBELI:Koperasi USIM


ULASAN BUKU TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA(TITAS)

Alhamdulillah,kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan Rahmat dan KasihNYA, saya telah mempelajari buku ini pada semester satu ketika tahun pertama pengajian di USIM. Kursus ini merupakan kursus wajib universiti kepada semua pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Malaysia. Tujuan mempelajari kursus ini adalah untu memberi kefahaman dan pengetahuan tentang erti ketamadunan dalam konteks semasa dan khususnya dalam pembinaan Tamadun di MalaysAia.

            Buku TITAS adalah sebuah buku akademik hasil tulisan Puan Mashitah Sulaiman dan Puan Adidah Sulaiman@Ahmad pensyarah di Pusat Pengajian Teras,USIM. Buku ini membahaskan tentang ketamadunan Islam dan Asia Tenggara dengan jelas, fakta-fakta sejarah yang dikemukakan oleh penulis adalah sahih dan terdapat bukti yang kukuh melalui buku sejarah. Buku ini mengandungi 12 bab yang membincangkan tentang ruang lingkup ketamadunan iaitu menjelaskan tentang pengenalan konsep pengajian tamadun, aspek-aspek utama Tamadun Islam, Tamadun Melayu, Tamadun Cina dan Tamadun India dan sumbangan setiap tamadun ini kepada pembangunan tamadun manusia.

            Selain itu, buku ini juga menarik  kerana disertakan bersama dengan keunikan setiap tamadun, isu-isu semasa ketamadunan, cabaran dan perubahan yang dihadapi oleh setiap tamadun. Penulis menyusun tajuk dalam bab-bab yang berkesinambungan bagi memudahkan pembaca memahami tajuk yang dibahaskan. Setiap tamadun dibahaskan dalam dua bab yang berasingan iaitu pertama,konsep tamadun dan kedua,perkembangan serta pencapaian tamadun. Keunikan buku ini juga adalah penulis juga menyertakan soalan-soalan aktiviti pemudah cara dan perbincangan dalam kuliah serta diakhiri dengan ujian kefahaman kepada pelajar.

            Disamping itu, buku ini juga menarik kerana di permulaan setiap bab disertakan bersama pengenalan tajuk, objektif pelajaran dan hasil pembelajaran, gambar-gambar dan rajah-rajah yang berkaitan tajuk bagi memudahkan pemahaman pelajar tentang ilmu yang akan dipelajari. Tambahan pula, diakhir setiap bab penulis menyertakan peta minda yang menarik dan jelas bagi pelajar mengulangi , mengingati dan mengukuhkan lagi pemahaman tentang tajuk yang telah dipelajari. Penulis mengakhiri buku ini dengan menyatakan pelbagai  rujukan dan indeks bagi memudahkan  pencarian pembaca mengikut perkataan.

            Konklusinya dapatlah dikatakan hampir keselurahan penulisan buku TITAS ini memuaskan hati para pembaca. Buku yang bersifat ilmiah dan ketamadunan ini memberi impak dan pengetahuan baru ke dalam diri pelajar. Apa yang penting sekali terlalu banyak perkara yang selama ini tidak diketahui telah diketahui. Akhir kalam,semoga buku ini menjadai wacana dalam mencambahkan pemikiran berhubung erti ketamadunan di arus globalisasi ini.
Sekian perkongsian saya,semoga ianya bermanfaat untuk kita semua da beroleh keberkatan Ilmu yang diredhai Allah SWT selamaNya.Ameen.

NURUL NAJIHAH BINTI ABD ZAKARIYA
1121809
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN QURAN DENGAN MULTIMEDIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA,71800 NILAI,NEGERI SEMBILAN
mardhatillah1493@gmail.com.
https://www.facebook.com/nurulnajihah.abdzakariya


Ulasan Buku Penerbit@USIM-Buku TITAS