Religion

Assalamualaikum.


Semoga hidup kita diberkati Allah SWT dunia dan akhirat.

Di sini ada perkongsian sedikit tentang akibat kita menghina hukum Tuhan. Lihatlah KEKUASAAN ALLAH SWT ini. Seperti mana yang kita semua tahu, "hukuman ALLAH SWT" ada yang akan ditangguh untuk dibicarakan di akhirat kelak dan ada juga "hukuman ALLAH SWT" yang akan dibayar "CASH" di dunia lagi seperti kisah ini. Ayuh saudara Islamku semua marilah kita semua melakukan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR dalam kehidupan seharian kita. Sebenarnya umur kita ini tidak panjang mana, kita ini manusia yang lemah lagi hina. Ajal kita tidak tahu bila bakal menjelang mungkin sesaat, seminit, sejam,sehari, seminggu, sebulan, setahun akan menjelma mengetuk pintu roh kita. wallahua'lam. Semoga apa sahaja pekerjjaan kita selama hayat ini dikira sebagai amalan kebajikan kita oleh ALLAH SWT dan dengan rahmatNya kita menuju ke syurga yang kekal abadi. Mari sama-sama kita ambil pengajaran dari kisah ini dan berdoa agar kisah ini tidak berulang kembali kepada insan lain.ameen.. Semoga semua dosa-dosa kita diampunkan oleh ALLAH SWT. AMEEN.



AKIBAT HINA HUKUM ALLAH.......

Assalammu’alaikumkepadapembaca yang dirahmati Allah, Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah, Mesir.Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.
Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolokmata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagiseorangperempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahaipemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baikdaripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tuaitu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badanku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang.Tidak cukup setakat itu, sigadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphoneku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanamu ntukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum  Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada sigadis manis. Sayang sekali, wajahnya  yang  ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas.Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba-tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis.Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya.Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan.
Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut.Tapi sekali lagi mereka terkejut.Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalanraya.Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh simayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan  Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa  di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai  Muslim sejati.
Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum  Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata-kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah  kata-kata  yang  sangat biadab dan menghina  Allah, pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahanTuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk denga nundang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda.Begitu taksub sekali anda terhad apa undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar
undang-undang tersebut .Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

 Semoga ianya memberi keinsafan kepada diri kita semua.
wahlahua'lam.

No comments:

Post a Comment

thanks comment here .. !