Friday 10 May 2013

BULAN REJAB





Assalamualaikum saudara seislamku semua,
Alhamdulillah hari ini 29 Jamadilakhir 1434 H, bersamaan 10 May 2013. Insyaallah menjelang azan maghrib esok kita akan memasuki bulan baru iaitu bulan REJAB.



Rejab dikenali sebagai “BULAN ALLAH”.



Sebagai muslim kita disunatkan untuk berpuasa pada bulan Rejab.
1)Puasa 1 hari- mendapat keredaan yang besar daripada Allah swt.
2)Puasa 2 hari- mendapat kemuliaan daripada Allah swt.
3)Puasa 3 hari- `diselamatkan oleh Allah swt daripada bahaya dunia, seksa akhirat, penyakit gila dan fitnah syaitan dan dajal.
4)Puasa 7 hari- ditutup 7 pintu neraka.
5)Puasa 8 hari- dibuka 8 pintu syurga.
6)Puasa 10 hari- Allah swt akan memakbulkan permintaannya.
7)Puasa 15 hari- Allah swt akan menghapuskan dosa yang telah lalu dan menggantikan semua kejahatan dengan kebaikan.
8)Tambahan puasa- memanbahkan pahalanya.
9)Membaca Surah Al-Ikhlas 11 kali setiap hari atau lebih.
10)Membaca al-Quran.
 11)Membanyakkan doa, istighfar dan lain-lain seperti di bawah:
J  1-30 Rejab-70 kali (Subuh/Asar)
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِي وَارْحَمْنِي وَتُبْ عَلَيَّ.

J  1-10 Rejab-100 kali
سُبْحَانَ اللهِ الحَيِّ القَيُّومِ.
J  11-20 Rejab-100 kali
سُبْحَانَ اللهِ الأَحَدِ الصَّمَدِ.
J  11-20 Rejab-100 kali
سُبْحَانَ اللهِ الرَّؤُوفِ.
J  27 Rejab Isra’ Mi’raj
Digalakkan membaca atau mendengar kisah-kisah berkenaan peristiwa ini dan mengerjakan puasa sunat.

Sekian sahaja perkongsian dari insane kerdil ini sempena bulan yang mulia ini. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua dan mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah swt.

Perkongsian ini dipetik dari buku
 “INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT- Modul Fardhu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat SEPANJANG HAYAT”
 karya Al-Fadhil Ustaz Dato’ Ismail Kamus dan
 Al-Fadhil Ustaz Azrul Azlen Ab.Hamid.

Barakallahufiq.


Insan yang kerdil lagi hina,
  knz93






No comments:

Post a Comment

thanks comment here .. !