Tuesday 23 April 2013

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Assalamualaikum,

Apa khabar semua?

Semoga hidup kita semua diredhai dan diberkati oleh ALLAH swt.

Alhamdulillah, hari ini masih lagi dikurniakan nikmat yang begitu besar iaitu "NIKMAT ISLAM & IMAN"  dan bersyukur kehadrat Ilahi masih diberi peluang untuk meghirup udaraNYA dan melaksanakan AMANAH sebagai HAMBA & KHALIFAH ALLAH swt di dunia yang fana ini. Ini ada sedikit perkongsian ilmu dari petikan kata-kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna,ku dapat kata-kata ini dari ummiku tersayang. Syukran ummi,barakallah.




Ayuh saudara seislamku semua, mari bersama-sama MENJEMPUT REZEKI ILAHI dengan menjadi insan yang "BERTAKWA-melaksanakan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar"
Ini ada sedikit lagi perkongsian ilmu dari insan yang kerdil ini yang diperolehi ketika mengikuti "SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI"oleh Ust.Fathuri di hotel Sg.Petani(14413).


TIPS MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI:
Solat 7 waktu

   i)5 WAKTU SOLAT FARDHU (Subuh,Zohor,Asar,Magrib,Isya')

ii)1 WAKTU SOLAT SUNAT DHUHA (sekurang-kurangnya 4 rakaat)

iii)1 WAKTU SOLAT SUNAT HAJAT ( Terbaik 5 kali iaitu 
Sebelum Subuh, Selepas Dhuha, Selepas Zohor, Selepas Maghrib dan Selepas Isya')